Kelopak Hati

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab

Jumaat, 16 November 2012

Majlis Hari Raya Aidilfitri KDN

    Gambar kenangan bersama kekawan di Gerai Arab (AADK) Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Presint 2, Putrajaya.

    Sempat jugak berposing setelah kekenyangan makan makanan yang pelbagai menu seperti Nasi Arab, Nasi Beriyani, Nasi Tomato, Sup Tulang, Buah-buahan, Ais Krim, Kebab, Satay n pelbagai lagi....



Nurul Aida, May Ha dan Rosnah
 




Kenangan Bersama Keluarga



Ini gambar kenangan bersama suami (kesinambungan dari blog : apa2sajer.blogspot.com) dan anak2. Gambar semasa pulang dari Pulau Langkawi. Tahun ini tanggal 28 Nov. 2012, kami sekeluarga sekali lagi menjelajah ke Pulau Langkawi... semua telah diuruskan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan cuma tinggal kos perbelanjaan jer perlu dibawa ke sana.

Kali ini masih menaiki penerbangan yang sama tetapi bersama kandungan yang hampir mencecah 34 weeks... moga selamat pergi dan pulang. Doktor panel pun dah kemukakan surat utk membenarkan kami berdua meneruskan impian untuk ke destinasi yang dirancangkan bersama keluarga tercinta.

Tentu Menyeronokkan...

Rabu, 1 Februari 2012

Kari Ikan tenggiri



Bahan :
6 keping ikan tenggiri - dibersihkan
3 sudu besar serbuk kari Cap BABAS
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 biji tomato- belah 4
beberapa biji sawi dan halba
5 kacang bendi
1 batang terung
1 1/2 mangkuk Air asam jawa
1/2 peket santan pekat
2 tangkai daun kari

Bahan Dimayang:
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari


Cara :
1- campurkan serbuk kari, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih dengan 1/2 cawan air- jadikan pes
2- panaskan periuk dan bubuh minyak
3- masukan biji sawi dan halba dan bahan tumis. tumiskan sehingga berbau wangi dan layu
4- masukan pes kari dan daun kari, tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak
5- masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih
6- bila mendidih masukan ikan dan biar sehingga masak
7- apabila masak masukan santan, terung, tomato dan bendi, tunggu sehingga mendidih
8- apabila mendidih masukan garam secukup rasa dan bubuh secubit gula (menggantikan ajinamoto)
9- SEDIA UNTUK DIHIDANG......


Apam Mekar


Bahan :
250 gm tepung gandum
200 gm gula
2 biji telur
1 cawan ais krim soda
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalette
2 pewarna kegemaran
cup cake saiz M

Cara :
1- pukul telur, gula, esen vanilla dan ovalette sehingga betul2 kembang
2- masukan tepung dan ais krim soda secara berselang-seli
3- setelah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan titiskan pewarna yang berlainan.
4- skop dan bubuh ke dalam bekas cup cake
5- KuKus Selama 15 minit. 

MUffin Chocolate



Bahan :
110 gm Butter/marjerin
210 gm gula perang
3 biji telur
375 gm tepung gandum- diayak
2 sudu kecil baking powder - diayak
2 sudu besar koko - diayak
300 ml susu segar
100 gm coklat chip - untuk tabur

Cara :
1- Panaskan oven 175 degree
2- pukul butter/marjerin dan gula hingga kembang dan ringan
3- masukan telur satu per satu dan esen vanilla
4- masukkan tepung, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak
5- gaul rata menggunakan whisk
6- skop dan masukkan ke dalam bekas cup saiz M/L dan taburkan coklat chip
7- bakar selama 20 minit

Puding Karamel


Bahan :
1 tin susu cair
7 biji telur Gred A
setengah cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan air
1/2 cawan gula campur setengah cawan air (untuk sirap karamel)

Cara SIRAP KARAMEL :
1- masak gula atas kuali sehingga warna keperangan
2- masukkan air untuk dapatkan sirap karamel

Cara buat pUDING :
1- panaskan periuk kukus
2- campurkan semua bahan, pukul hingga sebati dan tapiskan
3- tuangkan sirap karamel yang telah disejukkan ke dalam loyang
4- tuangkan perlahan-lahan bahan puding atas sirap
5- KUKUS selama 20 minit @ sehingga masak.

Kek Brownies Lapis Cheese Kukus

Bahan :
200 gm Marjerin
200 gm Coklat Masak
170 gm Tepung Gandum - diayak
30 gm serbuk koko - diayak
170 gm gula halus
4 biji telur Gred A

Bahan Layed Cheese :
250 gm Cream Cheese (Brand Philadephia)
60 gm gula castor
25 ml air
1 biji telur Gred A

Cara :
1- panaskan kukus
  - buat lapisan choc brownies dulu.
  - cairkan marjerin dan coklat masakan (kaedah double boil)
  - selepas cair, ketepikan.
2- masukan gula dan telur dalam mixer bowl
3- pukul hingga kembang
4- masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. (Jangan gunakan mixer, nanti bantat so gunakan whisk)
5- kacau sebati dan pastikan rata dan tidak berketul-ketul
6- masukan chocolate dan marjerin yang telah dicairkan, kacau sebati
7- alaskan loyang dan tuangkan separuh adunan ke dalam loyang.
    (untuk elakkan air menitis di atas permukaan kek, tutup loyang dengan aluminium foil)
8- kukus selama 15 minit.

Sementara menunggu brownies dikukus, buat Layed Cheese...

Cara buat Layed Cheese :
1- masukan semua bahan layed cheese kecuali telur ke dlam mixer bowl
2- pukul hingga kembang
3- kemudian masukan telur
4- pukul sekejap untuk bagi rata adunan


sambung semula....
9  - tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dimasak tadi
10- kukus selama 20 minit
11- selepas lapisan cheese masak, tuangkan baki adunan brownies
12- kukus selama 20 minit lagi tutup dengan aluminium foil
13- Sejukkan selepas masak.

Topping
300 gm coklat masak
120 ml susu segar
1 sb marjerin/minyak masak

Masak semua adunan secara double boil.
tuang diatas kek setelah agak suam dan biarkan mengeras.

NYUM...NYUM.....

Sotong Masak Lada Hitam

Bahan : 500gm sotong (dipotong kecil); 1 labu bawang besar (dipotong dadu); 3 sudu besar sos lada hitam; 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar) ;  daun bawang; 1bj tomato (dibelah 6); 1 batang lobak merah;  2bj cili hijau

Bahan TUMIS :
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)

Cara :
1- panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis
2- masukkan lada hitam, bawang besar,sos lada hitam dan lobak merah, kacau seketika
3- masukkan sotong dan tomato, biarkan masak sekejap sambil dikacau
4- masukkan garam dan sedikit gula
5- biarkan mendidih dan hidangkan dengaan ditaburkan daun bawang yang dihiris.

Selasa, 31 Januari 2012

Blueberry Muffin


Bahan :

170 gm Mentega/ marjerin
160 gm Gula castor
4 biji telur Gred A
350 gm Tepung Kek
20 gm baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
160 ml sus segar
Blueberry secukupnya
Muffin cup saiz L

Cara :
1- Pukul mentega dan gula hingga kembang
2- masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, pukul hingga kembang
3- ayak tepung dan baking powder, masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu hingga habis. gaul rata.
4- ambil skop ice-cream dan ceduk adunan. bubuh 3/4 ke dalam bekas dan isikan blueberry.
5- Bakar pada suhu 175 degree selama 20-25 minit @ sehingga masak.
6- Sejukkan muffin dan sedia untuk dihidang.




Cholcolat Moist With Chocolate Topping


Bahan :

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
coklat rice


Bahan A (disatukan) :
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B  (diayak) :
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan sebuk coklat
2 cawan tepung kek

*******************************************
TOPPING - masak cara double boil
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak
3 petak coklat bar

Cara :
1- pukul telur hingga kembang
2- masukkan gula dan pukul lagi
3- kemudian masukkan minyak masak
4- masukan telur dan kacau
5- masukkan Bahan B (yang telah diayak) selang-seli dengan Bahan A, gaul sehingga sebati.
6- Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam @ sehingga masak
7- sejukkan kek lepas itu baru bubuh topping dan taburkan coklat rice.


SELAMAT MENCUBA..!!

Sup Ikan


Bahan :

ikan Merah/ jenahak
4 ulas bawang merah -dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
sup bunjut ikan Adabi
rempah ratus - bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga
lobak merah dan daun sup, daun bawang
2 mangkuk air
1/2 ibujari halia- dimayang

Cara :

1- bersihkan ikan.
2- panaskan minyak dan tumis bahan dimayang hingga wangi
3- masukkan halia
4- masukkan air dan sup bunjut ikan. biarkan sehingga mendidih.
5- bila mendidih, masukkan lobak, ikan dan garam serta sedikit gula (menggantikan ajinamoto)
6- tunggu sehingga mendidih.

Sedap kalau dihidangkan dengan nasi panas....

Ikan Selar Masak Singgang


Bahan :

3 ekor ikan selar
4 biji cili hijau/merah - belah 2
2 biji tomato - belah 2
4 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit
sdkt garam, kunyit dan gula
Air secukupnya

Bahan Hiris :

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara :

1- Gaul ikan dengan sedikit garam.
2- Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan didihkan.
3- Apabila mendidih, masukkan cili, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, daun kunyit dan kunyit.
4- bila mendidih masukkan ikan
5- bila mendidih masukkan tomato.
6- biarkan 5 minit dan tutup api.

SELAMAT MENJAMU SELERA....

Butter Cake


Bahan :

200 gm butter
150 gm marina marjerin
4 biji telur (gred A)
220 gm tepung kek
5 sudu makan Air Susu (Fresh Milk)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara :

1- Pukul butter + marjerin dan gula - hingga kembang.
2- masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.
3- masukkan tepung selang seli dengan susu - kacau guna whisk
4- gaul rata.
5- Lapik kertas minyak dalam tray kek dan tuangkan.

SUHU : 175                    MASA : 45 minit - sehingga masak

Puding Roti Pelangi

Bahan :

1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
sedikit susu pekat
3 keping roti
3 sudu gula
2 sudu oren sunquick
2 pewarna merah dan hijau
2 titik esen wanila

Cara :

1- Masukkan agar-agar, kemudian tapis dan masukan gula kacau sebati.
2- kisar roti bersama telur, susu cair, susu pekat hingga sebati.
3- Tuangkan ke dalam periuk dan masak atas api perlahan.
4- Masukkan oren serta esen vanila. biarkan ia masak seketika.
5- angkat dan tuangkan ke dalam loyang.
6- asingkan adunan ke dalam 2 bekas dan titiskan pewarna hujau dan merah.
7- Tuangkan adunan pewarna tadi selang-seli ke dalam loyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...