Kelopak Hati

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab

Selasa, 31 Januari 2012

Blueberry Muffin


Bahan :

170 gm Mentega/ marjerin
160 gm Gula castor
4 biji telur Gred A
350 gm Tepung Kek
20 gm baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
160 ml sus segar
Blueberry secukupnya
Muffin cup saiz L

Cara :
1- Pukul mentega dan gula hingga kembang
2- masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, pukul hingga kembang
3- ayak tepung dan baking powder, masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu hingga habis. gaul rata.
4- ambil skop ice-cream dan ceduk adunan. bubuh 3/4 ke dalam bekas dan isikan blueberry.
5- Bakar pada suhu 175 degree selama 20-25 minit @ sehingga masak.
6- Sejukkan muffin dan sedia untuk dihidang.




Cholcolat Moist With Chocolate Topping


Bahan :

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
coklat rice


Bahan A (disatukan) :
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B  (diayak) :
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan sebuk coklat
2 cawan tepung kek

*******************************************
TOPPING - masak cara double boil
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak
3 petak coklat bar

Cara :
1- pukul telur hingga kembang
2- masukkan gula dan pukul lagi
3- kemudian masukkan minyak masak
4- masukan telur dan kacau
5- masukkan Bahan B (yang telah diayak) selang-seli dengan Bahan A, gaul sehingga sebati.
6- Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam @ sehingga masak
7- sejukkan kek lepas itu baru bubuh topping dan taburkan coklat rice.


SELAMAT MENCUBA..!!

Sup Ikan


Bahan :

ikan Merah/ jenahak
4 ulas bawang merah -dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
sup bunjut ikan Adabi
rempah ratus - bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga
lobak merah dan daun sup, daun bawang
2 mangkuk air
1/2 ibujari halia- dimayang

Cara :

1- bersihkan ikan.
2- panaskan minyak dan tumis bahan dimayang hingga wangi
3- masukkan halia
4- masukkan air dan sup bunjut ikan. biarkan sehingga mendidih.
5- bila mendidih, masukkan lobak, ikan dan garam serta sedikit gula (menggantikan ajinamoto)
6- tunggu sehingga mendidih.

Sedap kalau dihidangkan dengan nasi panas....

Ikan Selar Masak Singgang


Bahan :

3 ekor ikan selar
4 biji cili hijau/merah - belah 2
2 biji tomato - belah 2
4 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit
sdkt garam, kunyit dan gula
Air secukupnya

Bahan Hiris :

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara :

1- Gaul ikan dengan sedikit garam.
2- Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan didihkan.
3- Apabila mendidih, masukkan cili, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, daun kunyit dan kunyit.
4- bila mendidih masukkan ikan
5- bila mendidih masukkan tomato.
6- biarkan 5 minit dan tutup api.

SELAMAT MENJAMU SELERA....

Butter Cake


Bahan :

200 gm butter
150 gm marina marjerin
4 biji telur (gred A)
220 gm tepung kek
5 sudu makan Air Susu (Fresh Milk)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara :

1- Pukul butter + marjerin dan gula - hingga kembang.
2- masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.
3- masukkan tepung selang seli dengan susu - kacau guna whisk
4- gaul rata.
5- Lapik kertas minyak dalam tray kek dan tuangkan.

SUHU : 175                    MASA : 45 minit - sehingga masak

Puding Roti Pelangi

Bahan :

1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
sedikit susu pekat
3 keping roti
3 sudu gula
2 sudu oren sunquick
2 pewarna merah dan hijau
2 titik esen wanila

Cara :

1- Masukkan agar-agar, kemudian tapis dan masukan gula kacau sebati.
2- kisar roti bersama telur, susu cair, susu pekat hingga sebati.
3- Tuangkan ke dalam periuk dan masak atas api perlahan.
4- Masukkan oren serta esen vanila. biarkan ia masak seketika.
5- angkat dan tuangkan ke dalam loyang.
6- asingkan adunan ke dalam 2 bekas dan titiskan pewarna hujau dan merah.
7- Tuangkan adunan pewarna tadi selang-seli ke dalam loyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...