Kelopak Hati

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab

Rabu, 1 Februari 2012

Kari Ikan tenggiri



Bahan :
6 keping ikan tenggiri - dibersihkan
3 sudu besar serbuk kari Cap BABAS
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 biji tomato- belah 4
beberapa biji sawi dan halba
5 kacang bendi
1 batang terung
1 1/2 mangkuk Air asam jawa
1/2 peket santan pekat
2 tangkai daun kari

Bahan Dimayang:
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari


Cara :
1- campurkan serbuk kari, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih dengan 1/2 cawan air- jadikan pes
2- panaskan periuk dan bubuh minyak
3- masukan biji sawi dan halba dan bahan tumis. tumiskan sehingga berbau wangi dan layu
4- masukan pes kari dan daun kari, tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak
5- masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih
6- bila mendidih masukan ikan dan biar sehingga masak
7- apabila masak masukan santan, terung, tomato dan bendi, tunggu sehingga mendidih
8- apabila mendidih masukan garam secukup rasa dan bubuh secubit gula (menggantikan ajinamoto)
9- SEDIA UNTUK DIHIDANG......


Apam Mekar


Bahan :
250 gm tepung gandum
200 gm gula
2 biji telur
1 cawan ais krim soda
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalette
2 pewarna kegemaran
cup cake saiz M

Cara :
1- pukul telur, gula, esen vanilla dan ovalette sehingga betul2 kembang
2- masukan tepung dan ais krim soda secara berselang-seli
3- setelah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan titiskan pewarna yang berlainan.
4- skop dan bubuh ke dalam bekas cup cake
5- KuKus Selama 15 minit. 

MUffin Chocolate



Bahan :
110 gm Butter/marjerin
210 gm gula perang
3 biji telur
375 gm tepung gandum- diayak
2 sudu kecil baking powder - diayak
2 sudu besar koko - diayak
300 ml susu segar
100 gm coklat chip - untuk tabur

Cara :
1- Panaskan oven 175 degree
2- pukul butter/marjerin dan gula hingga kembang dan ringan
3- masukan telur satu per satu dan esen vanilla
4- masukkan tepung, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak
5- gaul rata menggunakan whisk
6- skop dan masukkan ke dalam bekas cup saiz M/L dan taburkan coklat chip
7- bakar selama 20 minit

Puding Karamel


Bahan :
1 tin susu cair
7 biji telur Gred A
setengah cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan air
1/2 cawan gula campur setengah cawan air (untuk sirap karamel)

Cara SIRAP KARAMEL :
1- masak gula atas kuali sehingga warna keperangan
2- masukkan air untuk dapatkan sirap karamel

Cara buat pUDING :
1- panaskan periuk kukus
2- campurkan semua bahan, pukul hingga sebati dan tapiskan
3- tuangkan sirap karamel yang telah disejukkan ke dalam loyang
4- tuangkan perlahan-lahan bahan puding atas sirap
5- KUKUS selama 20 minit @ sehingga masak.

Kek Brownies Lapis Cheese Kukus

Bahan :
200 gm Marjerin
200 gm Coklat Masak
170 gm Tepung Gandum - diayak
30 gm serbuk koko - diayak
170 gm gula halus
4 biji telur Gred A

Bahan Layed Cheese :
250 gm Cream Cheese (Brand Philadephia)
60 gm gula castor
25 ml air
1 biji telur Gred A

Cara :
1- panaskan kukus
  - buat lapisan choc brownies dulu.
  - cairkan marjerin dan coklat masakan (kaedah double boil)
  - selepas cair, ketepikan.
2- masukan gula dan telur dalam mixer bowl
3- pukul hingga kembang
4- masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. (Jangan gunakan mixer, nanti bantat so gunakan whisk)
5- kacau sebati dan pastikan rata dan tidak berketul-ketul
6- masukan chocolate dan marjerin yang telah dicairkan, kacau sebati
7- alaskan loyang dan tuangkan separuh adunan ke dalam loyang.
    (untuk elakkan air menitis di atas permukaan kek, tutup loyang dengan aluminium foil)
8- kukus selama 15 minit.

Sementara menunggu brownies dikukus, buat Layed Cheese...

Cara buat Layed Cheese :
1- masukan semua bahan layed cheese kecuali telur ke dlam mixer bowl
2- pukul hingga kembang
3- kemudian masukan telur
4- pukul sekejap untuk bagi rata adunan


sambung semula....
9  - tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dimasak tadi
10- kukus selama 20 minit
11- selepas lapisan cheese masak, tuangkan baki adunan brownies
12- kukus selama 20 minit lagi tutup dengan aluminium foil
13- Sejukkan selepas masak.

Topping
300 gm coklat masak
120 ml susu segar
1 sb marjerin/minyak masak

Masak semua adunan secara double boil.
tuang diatas kek setelah agak suam dan biarkan mengeras.

NYUM...NYUM.....

Sotong Masak Lada Hitam

Bahan : 500gm sotong (dipotong kecil); 1 labu bawang besar (dipotong dadu); 3 sudu besar sos lada hitam; 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar) ;  daun bawang; 1bj tomato (dibelah 6); 1 batang lobak merah;  2bj cili hijau

Bahan TUMIS :
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)

Cara :
1- panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis
2- masukkan lada hitam, bawang besar,sos lada hitam dan lobak merah, kacau seketika
3- masukkan sotong dan tomato, biarkan masak sekejap sambil dikacau
4- masukkan garam dan sedikit gula
5- biarkan mendidih dan hidangkan dengaan ditaburkan daun bawang yang dihiris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...