Kelopak Hati

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab

Rabu, 1 Februari 2012

Kek Brownies Lapis Cheese Kukus

Bahan :
200 gm Marjerin
200 gm Coklat Masak
170 gm Tepung Gandum - diayak
30 gm serbuk koko - diayak
170 gm gula halus
4 biji telur Gred A

Bahan Layed Cheese :
250 gm Cream Cheese (Brand Philadephia)
60 gm gula castor
25 ml air
1 biji telur Gred A

Cara :
1- panaskan kukus
  - buat lapisan choc brownies dulu.
  - cairkan marjerin dan coklat masakan (kaedah double boil)
  - selepas cair, ketepikan.
2- masukan gula dan telur dalam mixer bowl
3- pukul hingga kembang
4- masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. (Jangan gunakan mixer, nanti bantat so gunakan whisk)
5- kacau sebati dan pastikan rata dan tidak berketul-ketul
6- masukan chocolate dan marjerin yang telah dicairkan, kacau sebati
7- alaskan loyang dan tuangkan separuh adunan ke dalam loyang.
    (untuk elakkan air menitis di atas permukaan kek, tutup loyang dengan aluminium foil)
8- kukus selama 15 minit.

Sementara menunggu brownies dikukus, buat Layed Cheese...

Cara buat Layed Cheese :
1- masukan semua bahan layed cheese kecuali telur ke dlam mixer bowl
2- pukul hingga kembang
3- kemudian masukan telur
4- pukul sekejap untuk bagi rata adunan


sambung semula....
9  - tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dimasak tadi
10- kukus selama 20 minit
11- selepas lapisan cheese masak, tuangkan baki adunan brownies
12- kukus selama 20 minit lagi tutup dengan aluminium foil
13- Sejukkan selepas masak.

Topping
300 gm coklat masak
120 ml susu segar
1 sb marjerin/minyak masak

Masak semua adunan secara double boil.
tuang diatas kek setelah agak suam dan biarkan mengeras.

NYUM...NYUM.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...