Kelopak Hati

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab

Selasa, 31 Januari 2012

Ikan Selar Masak Singgang


Bahan :

3 ekor ikan selar
4 biji cili hijau/merah - belah 2
2 biji tomato - belah 2
4 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit
sdkt garam, kunyit dan gula
Air secukupnya

Bahan Hiris :

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara :

1- Gaul ikan dengan sedikit garam.
2- Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan didihkan.
3- Apabila mendidih, masukkan cili, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, daun kunyit dan kunyit.
4- bila mendidih masukkan ikan
5- bila mendidih masukkan tomato.
6- biarkan 5 minit dan tutup api.

SELAMAT MENJAMU SELERA....

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...